Ada sebahagian orang yg mengetahui mana yg halal dan yg mana yg haram.Ia juga sedar dirinya pasti akan mati dan menghadap Allah s.w.t.,tetapi perilakunya langsung tidak mencerminkan perkara tersebut.Ia langsung tidak memiliki rasa takut,tidak mahu melaksanakan perintah dan menjauhi larangan.Saya pernah mencuba untuk berbincang dengan sebahagian orang yg cuai dalam menunaikan ibadah solat.Ternyata mereka memiliki pengetahuantentang kisah-kisah mengenai ketaqwaan,cerita-cerita tentang orang-orang soleh dan para ahli salaf.Dari sini saya sedar bahawa antara ilmu dan amal tidak selalunya memiliki kaitan.
Seseorang yg tenggelam dalam kemaksiatan bukan disebabkan ia tidak mengerti,tetapi disebabkan oleh nipisnya rasa takut dan tidak ada sikap muraqabah(kesedaran bahawa Allah s.w.t. sentiasa mengawasi segala tingkah laku perbuatannya).Oleh kerana itu,janganlah kamu terpedaya dengan ucapan orang,hingga ia benar-benar mengamalkan apa yg telah diucapkan tersebut.Ini kerana bercakap sememangnya mudah,tetapi yg susah adalah mengamalkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan