Rabu, 28 November 2012

:::Masihkah kau Ingat?? Syaitan di Gua Hira':::




Ingat lagi tak dulu, kita pernah dikejutkan dengan gambar syaitan yang kononnya ditangkap di Gua Hira’. Pada masa itu ramai yang percaya akan kesahihan gambar itu

Rupa-rupanya selama ini kita telah ditipu dan dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu.



Saya lihat gambar syaitan itu semasa saya di sekolah menengah lagi. Ada rasa sangsi pada gambar tersebut. Bukan tidak percaya syaitan itu ada tetapi daripada cerita dan gambar yang dipamerkan cukup meragukan. Ada ker syaitan boleh berposing relax jer kat gua tu.
Gambar itu dibuat bertujuan menghina Nabi Muhammad SAW. Kononnya refleks disebalik gambar itu ialah Nabi Muhammad SAW bertapa di gua Hira’ dengan syaitan (nauzubillah) dan yang menyampaikan ayat Al-Quran itu adalah dari tipu daya syaitan. Kadang-kadang gambar di internet yang dianggap sebagai lucu adalah merbahaya kepada akidah. Kita dipesong secara homur tanpa mengetahui motif disebaliknya.
Apabila kita bercakap bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW berada di Gua Hira’ lantas kita terbayang pada gambar syaitan itu. Ini memberi andaian buruk dan jahat sangka dalam pemikiran. Oleh itu berhati-hatilah sebelum mempercayai sesuatu atau menyebarkan perkara-perkara yang pelik dan meragukan.

Gambar di bawah menunjukkan Gua Hira’ yang sebenar.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Ƥɛиɢικʋт Ƨαʏα:::

:::Ɯακтʋ ƨɛκαяαиɢ:::


Get your own Digital Clock