Jumaat, 7 Disember 2012

::: Gunung Everest Dahulunya Dasar Lautan:::



GUNUNG EVEREST DAHULUNYA ADALAH DASAR LAUTAN : Bukti Kebenaran Al-Quran :

Berdasarkan kajian , gunung Everest ni dulunya bukanlah gunung , tapi dasar laut .

Lebih 60 juta tahun dulu , berlaku pergerakan plat tiktonik bumi yang bergerak sepanjang masa dan akhirnya bertembung . Akibatnya , satu plat terangkat ke atas , satu lagi ke bawah . Dari plat yang menungkah berterusan itulah akhirnya terben
tuk gunung Everest dan gunung – gunung lain .

Satu fakta menarik tentang gunung ialah Allah jadikan sebagai pengimbang berat kepada bumi . Sebab itulah gunung ada di seluruh benua , diimbangkan pula dengan lembah , datarnya serta lurah disekitarnya . Ia memasak bumi dengan kekuatannya .Ini menyebabkan berat planet bumi terus seimbang pada setiap sisi , menyebabkan tetap beredar sejajar pada orbitnya .

” Engkau melihat gunung – gunung itu , engkau menyangka ia tetap ditempatnya , padahal ia bergerak seperti jalannya awan . ( Demikianlah ) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap – tiap sesuatu , sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan . “ Surah Al-An'am ayat 88

Ternyata , apa yang dinyatakan oleh al – Quran adalah benar dan dibuktikan pula oleh kajian sains dan geologi . Tapi apakah yang berlaku pada Rasulullah apabila menyatakan kebenaran itu 1,400 tahun dahulu ? Baginda dianggap manusia gila !


Bukan itu sahaja , kajian – kajian sains turut membuktikan , daratan ini satu ketika dahulu bercantum , kemudiannya berpecah dan bergerak hingga terbentuk benua serta lautan yang ada pada hari ini .

Rakaman satelite turut membuktikan Jazirah Arab serta gunung ganangnya didapati bergerak mendekati Iran beberapa sentimeter setiap tahun . Sedangkan , lebih 5 juta tahun lalu , Jazirah Arab bergerak memisahkan diri dari Afrika lalu membentuk Laut Merah .

Didapati juga pantai timur dan selatan Somalia kini dalam proses pemisahan dan telah membentuk lembah belah yang membujur ke selatan melalui deretan danau Afrika . Kepingan tiktonik benua Australia juga sedang bergerak ke arah utara dengan kelajuan 6 sentimeter / tahun .

Bukankah penemuan – penemuan sains serta geologi ini membuktikan al – Quran itu benar , sedangkan kebenaran itu hanya baru diketahui oleh ahli sains selepas 1,400 tahun Rasulullah mengungkapkannya ?

:::Merlin Adalah Dajjal???:::



ANDA suka tonton cerita MERLIN kan??


Mari baca artikel ini :-)

Membongkar Penampilan DAJJAL Sebagai MERLIN ?

Mungkin satu kebetulan yang dirancang oleh Allah SWT, satu manuskrip lama telah ditemui dan dihimpun didalam teks Inggeris kuno dengan judul The Didot Perceval Anon yang ditulis pada kurun ke-14. Teks ini dipercayai sebagai teks awal yang menjelaskan kisah manusia misteri yang wataknya hampir sama dengan penampilan Dajjal yang saya maksudkan.

Teks-teks lama ini jelas menceritakan mengenai Dajjal yang lahir tanpa bapa, hasil pencatuman benih manusia dengan syaitan, dikenali sebagai anak istimewa, kekal muda, panjang usianya, mempengaruhi sejarah tamadun bangsa Eropah, pembina binaan misteri, seorang dukun agung, bersembunyi di dimensi hibernasi dan akhirmya dikatakan akan kembali untuk memerintah dunia di penghujung zaman. Berikut ditemui kata-kata manusia misteri itu yang tercatat di dalam The Didot Perceval Anon :

"Oleh kerana saya tidak dikenali, maka saya akan tetap kekal begini, biarlah sejarah mencatatkan sedemikian dan saya tetap di dalam dunia misteri di mana saya tidak akan menampilkan diri."
Siapakah manusia misteri ini? Watak lelaki misteri ini terpahat di dalam hampir semua lagenda Eropah namun tidak ramai yang mengenalinya. Ya, dialah Merlin The Shaman.

"Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dia dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang, tampil di dunia dan memukau setiap manusia dengan kemahiran magik dan kedukunannya. Kemudian dia dapat mengubah arah perjalanan dunia sebelum dia pergi ke suatu tempat yang jauh tetapi mesej suaranya masih dapat didengari kita."

Dari mana perkataan ini diperolehi? Susunan ayatnya amat sesuai dengan watak Dajjal. Teks diatas ini dipetik dari teks Inggeris lama yang ditulis pada abad ke-14. Apakah mungkin ia satu kebetulan? Mustahil. Apakah ada alasan lain untuk menghuraikannya? Ketika dunia Islam sibuk mencari Dajjal yang bertubuh besar dan bermata satu, apakah mungkin dia tampil dengan bentuk penyamaran yang mengubah fizikal tubuh dan wajahnya melalui kuasa sihir dan kesaktiannya? Dajjal lahir menerusi pencatuman benih antara manusia dan syaitan.

{1} Oleh itu, untuk mengubah penampilannya adalah sesuatu yang tidak mustahil. Dia dapat melakukan penyamaran seperti iblis dan jin yang diberi kuasa untuk merubah bentuk menjadi orang tua, wanita dan budak kecil. Sesuai dengan satu hadith Nabi SAW menyebut bahawa "makhluk halus ini boleh menyerupai apa sahaja tetapi tidak menakutkan."

John Matthews dalam tulisannya, Merlin : Sharman, Prophet, Magician mengatakan :
"Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang,..."
Merlin a.k.a Dajjal

Merlin dikatakan bertanggungjawap mendirikan bongkah-bongkah batu Stonehenge, guru kepada King Athur dan perencana zaman keemasan England dan turut merencana kebangkitan rakyat Anglo-Saxon. Dia seolah-olah memuliakan satu bangsa yang hina. Dia dikenali sebagai seorang tua yang hidup dengan penuh magik dan sakti. Ada ketikanya dia diangkat menjadi prophet di kalangan mereka. Watak Merlin mempunyai pengaruh yang besar di dalam sejarah konspirasi zaman baru atau apa yang dikenali sebagai New World dan New Age; ia saling berhubungan. Dia memilih Britain sebagai tapak pelancaran sebuah 'penipuan agung'.

Kisah Merlin sememangnya membayangi sejarah Britain. Sejarah hidup Merlin dipenuhi dengan misteri. Jika ada yang mengatakan bahawa ia (kisah Merlin) hanya sekadar epik Britain, ketahuilah, bahawa terdapat bukti nyata bahawa merlin ini hidup dan bergaul dengan manusia.

"Walau apa pun sejarah hidup Merlin, walau dari mana pun asal usulnya, dia tidak pernah berhenti mengambil tahu hal dunia dan manusia yang menghuninya. Tugasnya yang penuh rahsia di dalam membangunkan sejarah Britain sejak dari zaman Geoffrey of Mommouth hingga Mary Stewart. Sebagai penerahu utama di dalam membina kerajaan Raja Arthur dan pengasanya Meja Bulat, sebagai nabi, pengawas, dan adakalanya sebagai semangat Britain, kemudiannya adalah benar."{2}

Kira-kira ratusan teks dan karya mengenai riwayat hidupnya ditulis untuk membuktikan bahawa Merlin benar-benar wujud.

Merlin dan King Arthur

Merlin, tukang sihir dan penasihat kepada King Arthur digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin yang dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru atau mentor kepada King Arthur.

Ketika zaman pemerintahan King Arthur, England dikatakan berada di puncak kegemilangan. King Arthur, pedangExcalibur, the Round Table, Lancelot dan Guinevere bukan sekadar epik England tetapi adalah hikayat sejarah yang dikenali umum.

Perincian Karekter Merlin

Dalam satu karya Powys, John Cowper, bertajuk The Merlin of Porius, dinyatakan bahawa Merlin adalah seorang manusia yang huge dan slow earth-man.

"Merlin dari Porius adalah sebahagian manusia dan sebahagian tuhan, bertubuh besar, berjalan dengan amat perlahan dan menggemari kehijauan hutan dan bukit adalah karekter Merlin pada suatu ketika dahulu, dia mengabdikan dirinya untuk mendirikan zaman keemasan untuk menyiapkan kemunculan kembali ke bumi, zaman Satum/Cromos, di mana tuhan merestuinya sebagai avatar yang sebenar."

Saiz tubuh Merlin yang besar dari saiz manusia biasa disebut di dalam petikan di atas seolah-olah merujuk kepada kata Tamim ad-Dari ; Dajjal seperti gergasi, cekap menangkap isyarat kata, cepat menyampaikan ilmu, luas kefahamannya, dan tidak sabar di dalam urusan dunia. Oleh kerana itu, huraian di atas amat sesuai dengan apa yang disebutkan oleh Tamim ad-Dari.

Berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan (pada binaan-binaan), Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali di akhir zaman.

Merlin Akan Muncul di Akhir Zaman

Sheikh Imran Nazar Hosein, penulis buku Jerusalem In The Quran pernah mengatakan bahawa di negara inilah (Britain) Dajjal akan menebarkan penipuannya. benarlah kata-katanya bahawa di sinilah Dajjal akan memulakan perancangan kemunculannya (di akhir zaman).

"Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan kita tentang perlepasan Dajjal sewaktu hayat baginda. Baginda meneruskan dengan berkata apabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di muka bumi ini selama 40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti semunggu dan hari-hari seterusnya seperti hari-hari kita.

Analisis yang terkandung di dalam buku ini memberi hujah bahawa, apabila Dajjal berada pada hari yang seperti setahun, British merupakan tanah jajahannya. Dan apabila Dajjal berada pada hari yang seperti sebulan, Amerika Syarikat menjadi tanah pemerintahannya. Dan akhirnya apabila Dajjal berada pada hari yang seperti seminggu, dia pergi balik semula ke tanah suci Israel."
John Matthews dalam Merlin Sharman, Prophet Magician pula menyebut ;

"Merlin tidak akan mati bahkan dia tidak akan menzahirkan dirinya yang sebenar dan hanya akan muncul pada akhir zaman..."{3}
Bacalah dengan hati yang terang. Kisah Merlin bukanlah sebuah epik dan bukan dogma atau propaganda Barat. Ia adalah sebuah sejarah aneh yang telah tertulis. Lipatan sejarah silam ini mengesahkan bahawa Merlin memang pernah hidup bersama bangsa Eropah dan kemudian pergi tetapi tidak disebut sebagai sebagai mati. Kini, dia dinantikan sebagai raja yang akan kembali ke dunia.{4} Kajilah sejarah kejatuhan pemerintahan khalifah Turki Uthmaniyah dan pembinaan negara Zionis..

Isnin, 3 Disember 2012

:::Kisah Rasullulah & Buah Limau:::



Kisah Rasulullah dan Buah Limau 

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.


Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan datangnya dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa kerana sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.

allahumma shalli ala sayyidina muhammad wa ala ali sayyidina muhammad

Khamis, 29 November 2012

:::Telefon Berbahaya:::


SENTIASA GUNAKAN TELINGA KIRI KETIKA MENGGUNAKAN telefon bimbit!! 


Gunakan hanya TELINGA KIRI anda apabila menggunakan Telefon Bimbit, dan elakkan daripada menggunakan TELINGA KANAN,Ia akan membuat otak kita lebih terdedah kepada radiasi mudah alih. Ini telah dijumpai oleh satu kajian yang terbaru dari Pasukan Perubatan Apollo. 

Sila kongsi maklumat ini dengan orang yang tersayang!!!

:::Asal Usul Melayu Menurut Kajian DNA:::


Asal Usul Melayu Menurut Kajian DNA

Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi.

Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna.

Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi@ kaum yang hilang.

BANI JAWI @ BANGSA JAWI /MELAYU

Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu

Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu

Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu

Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah.

Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.

Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemahlembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati.

Jawi or Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kpd 1 tuhan (mentauhidkan tuhan)

Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu??

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang.

Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.

Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia’

:::Enam Pertanyaan Imam Ghazali:::

Enam Pertanyaan Imam Ghazali  

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia?


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Al  'Imran ayat 185.


KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

||tdak plu minta izin untuk 'share'||

:::10 Fadhilat Coca Cola:::

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau”Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh…mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo , F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Jadi, bagaimana pula dengan kita yang selamber jer minum coke tu..?? apakah kesannya keatas badan kita? sama2lah renungkan... 

:::Makhluk-Makhluk Yang Kita Telan Secara Tak Sedar:::


Makhluk-Makhluk Yang Kita Telan Secara Tak Sedar 
Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Saya beritahu anda, wajah mereka sangat menggerunkan!




Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Selalunya kita bernafas dan menyedutnya masuk kedalam hidung atau mulut tanpa kita sedari.



Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.



Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.



Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan?

jadi, nak makan ke apa ker, mulakanlah dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, Mudahan makhluk2 semua ini tidak akan hinggap di dalam tubuh badan kita semua

:::Bukti Mukjizat Rasullulah S.A.W:::


IMEJ DARI NASA : Kedudukan garisan yang pernah membelah bulan


Mari kita singkap kembali sebuah kisah Rasulullah SAW membelah bulan. 

Kisah itu adalah di masa sebelum hijrah dari Mekah Al-Mukarramah ke Madinah.


Orang-orang musyrik berkata,

Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, coba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang boleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu (mengejek dan mengolok-olok)?

Rasulullah bertanya,

Apa yang kalian inginkan ?


Mereka menjawab:

Cuba belahlah bulan …


Maka Rasulullah SAW pun berdiri dan terdiam, lalu berdoa kepada Allah SWT agar menolongnya. Maka Allah SWT memberitahu Muhammad SAW agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan, dan terbelahlah bulan itu dengan sebenar-benarnya.


Maka serta-merta orang-orang musyrik pun berhujah,

Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!.


Akan tetapi para ahli
mengatakan bahwa sihir, memang benar boleh saja “menyihir” orang yang
ada berada disitu akan tetapi tidak boleh menyihir orang yang tidak ada
ditempat itu. Mereka lantas menunggu-nunggu orang-orang yang akan
pulang dari perjalanan. Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar 
atas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan.


Dan ketika datang rombongan yang pertama kali dari perjalanan menuju Mekkah, maka orang-orang musyrik pun bertanya,

Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?


Mereka menjawab,

Ya,
benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi
dua dan saling menjauh masing-masingnya kemudian bersatu kembali….


Maka sebahagian mereka pun beriman, dan sebagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar). Oleh karena itu, Allah menurunkan ayat-Nya:

Sungguh,
telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat
tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya
berkata, Ini adalah sihir yang terus-menerus, dan mereka
mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan
benar-benar telah tetap …. sampai akhir surat Al-Qamar.


Ini adalah kisah nyata,

garisan yang melilit bulan menunjukkan bulan pernah terbelah..subhanallah..Mukjizat Nabi SAW telah dibuktikan oleh Manusia di zaman Moden


Apa sebab ada lekukan panjang di bulan ?

PIHAK NASA : “Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, ?Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali”

Penemuan pertama ditemukan 200 tahun yang lalu dengan sebuah teleskop kecil, ada 3 lekukan (rilles) nampak di permukaan bulan yang berlainan jenis, sekarang dikenali dengan istilah:

Sinuous Rilles , yang mana banyak tikungan kelok-kelok ,

Arcuate Rilles yang mana bentuk busur melingkar ,

dan Long Rilles, seperti Ariadaeus/sungai kecil yang banyak dan berliku.

Panjang rilles seperti Ariadaeus adalah sungai kecil yang panjangnya ratusan kilometer .

Rilles yang berliku-liku diistilahkan sebagai sisa-sisa aliran lahar kuno , tetapi Arcuate dan Linier rilles masih dalam topik riset dan banyak diperdebatkan. Sungai kecil linier seperti gambar diatas dipotret oleh awak kapal Apollo 10 pada tahun 1969 dalam perjalanan bersejarah yang mereka adakan. mereka hanya berada sekitar 14-kilometers diatas permukaan bulan.

“Penelitian mereka diatas, menunjukkan bukti pengetahuan bahwa bulan membentuk suatu garis panjang seperti sungai yang meliuk”


Dalam Bukhari dan Muslim, juga dalam kitab2 hadits yang terkenal lainnya, diriwayatkan bahwa sebelum Rasulullah (saw) hijrah, berkumpullah tokoh2 kafir Quraiy, seperti Abu Jahal, Walid bin Mughirah dan Al ‘Ash bin Qail.

Mereka meminta kepada nabi Muhammad (saw) untuk membelah bulan. Kata mereka, “Seandainya kamu benar2 seorang nabi, maka belahlah bulan menjadi dua.”

Rasulullah (saw) berkata kepada mereka, “Apakah kalian akan masuk Islam jika aku sanggup melakukannya?”

Mereka menjawab, “Ya.” Lalu Rasulullah (saw) berdoa kepada Allah agar bulan terbelah menjadi dua. Rasulullah (saw) memberi isyarat dengan jarinya, maka bulanpun terbelah menjadi dua. Selanjutnya sambil menyebut nama setiap orang kafir yang hadir, Rasulullah (saw) berkata, “Hai Fulan, bersaksilah kamu. Hai Fulan, bersaksilah kamu.”

Demikian jauh jarak belahan bulan itu sehingga gunung Hira nampak berada diantara keduanya. Akan tetapi orang2 kafir yang hadir berkata, “Ini sihir!” padahal semua orang yang hadir menyaksikan pembelahan bulan tersebut dengan seksama. Akan tetapi para ahli mengatakan bahwa sihir, memang benar boleh saja “menyihir” orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak boleh menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang2 yang akan pulang dari perjalanan.

Orang2 Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama kali dari perjalanan menuju Mekkah, orang2 musyrik pun bertanya, “Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?” Mereka menjawab, “Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah
menjadi dua dan saling menjauh masing2-nya kemudian bersatu kembali…”
Maka sebagian mereka pun beriman, dan sebagian lainnya lagi tetap kafir ingkar).

Atas peristiwa ini Allah SWT menurunkan ayat Al Qur’an: “Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda2 kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata, “Ini adalah sihir yang terus-menerus”, dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap… (QS. Al Qomar 54:1-2).
gambar menunjukkan lekukan kesan bulan pernah terbelah suatu ketika dahulu


Dan tentang terbelahnya bulan, maka
itu adalah mukjizat yang terjadi pada Rasul terakhir Muhammad
Shallallahu ‘Alaihi Wassalam sebagai pembenaran atas kenabian dan
kerasulannya, sebagaimana nabi-nabi sebelumnya.
adakah belum cukup tanda2 kebesaran Allah yang terjadi dilangit dan dibumi supaya kamu menjadi orang yang mengimani kekuasaan Kami?
mungkinkah ini keadaan bulan yang dilihat oleh rombongan ke Mekah ketika ditanya oleh kaum kafir Quraisy sehingga menyebabkan sebahagian mereka beriman dengan Islam

:::Tanda-tanda Sebelum Ajal Menimpa:::


Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu Itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu Dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)



Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang Terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita Akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu Di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka Berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan Sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya Tanda Akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah Kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan Petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.


:::ABRAHAH ZAMAN MODEN>>Jahatnya agenda mereka:::


Sebuah Bangunan yang diberi nama KABA BAR dibina di Manhattan City, USA. Rekaan dan bentuknya seperti Kaabah di Mekah. Apa yang menjadi Ironisnya tempat ini dijadikan tempat minum arak dan berfoya-foya oleh segelintir masyarakat di situ. Cuba lihat namanya sudah cukup membuktikan ada persamaan dengan Kaabah apabila bangunan ini dinamakan KABA BAR..
Saya mendapat maklumat ini daripada kawan saya semasa sedang dalam kuarantin kursus INDUKSI nie..
Cuba perhatikan gambarnya


Kesucian Kaabah terbukti apabila burung ababil dihantar untuk memusnahkan tentera abrahah
cuba perhatikan bangunan KABA BAR nie
ketika dalam pembinaan
pemandangan dari sudut jauh
ini pulak gambar perancangan Mekah pada masa hadapan. sekarang pembinaan pun sedang giat dijalankan. Tanda2 akhir Zaman sangat jelas ternyata.


:::PENEMUAN MATAHARI BARU DALAM SISTEM SURIA : Petanda Sistem Suria ini akan musnah & diganti yang baru??:::


Fenomena baru kembali hadir dialam semesta ini, tepatnya pada galaksi bima sakti. Teleskop seorang ilmuwan menemukan sebuah embrio matahari baru yang berpotensi menjadi bintang yang amat besar. Foto Matahari baru yang diprediksi akan berbentuk matahari pada 100 tahun lagi ini memiliki besar 10 kali lipat dari matahari yang kita kenal sebelumnya. Apakah akan ada matahari kembar ? Lalu apakah ini salah satu isyarat akan terjadi kiamat dimana akan ada bumi baru dan SISTEM SURIA yang baru ? Matahari baru yang dilihat melalui teleskop herschel ini memang belum terlihat dengan jelas, namun sebuah tanda alam yang ditangkap ini diperkirakan akan menjadi sebuah objek luar angkasa yang besar dan raksasa.


Matahari baru sedang membesar


Matahari menjadi dua, matahari kembar atau matahari beranak itu merupakan topik hangat yang dibicarakan oleh orang saat ini, apakah ini sebenarnya, apakah kiamat memang sudah dekat?????
menurut penelitian matahari yang muncul baru2 ini menjadi semakin besar dan bahkan jika matahari baru ini mendapatkan konsumsi gas yang cukup banyak maka ukuran dari matahari baru ini akan jauh melebihi ukuran matahari yang biasa kita lihat n rasakan setiap siang hari…. Apa yang dikatakan matahari yang jaraknya dengan kepala kita hanya satu jengkal mungkin benar2 akan terjadi karena bila matahari baru ini semakin membesar (dalam masa pertumbuhan) tidak menutup kemungkinan akan terjadi….


bayangkan bagaimana ada dua matahari dalam satu sistem suria


Seorang ilmuwan yang bernama Ilmuwan Herschel, Dr. Annie Zavagno, dari Laboratoire d’Astrophysique de Marseille memberikan tanggapan terhadap matahari baru ini dengan mengatakan bahwa foto bintang besar ini akan mampu mengontrol evolusi kimia dan kedinamisan galaksi. Hal ini tentu saja bisa memberikan efek terhadap apa yang telah tertata dalam ruang galaksi dan peredaran benda angkasa. Sekaligus kehadiran matahari baru atau matahari kembar ini bisa saja sangat mempengaruhi keadaan lingkungan sekitar, terlebih terhadap bumi. Massa dari matahari baru ini diperkirakan mencapai 8-10 kali lebih besar dari matahari sebelumnya dan memiliki banyak sekali elemen yang berada didalamnya. Hal ini tentu saja akan menyuntikkan energi lain yang lebih besar dan lebih kuat kedalam galaxy bima sakti. Wallahuaqlam..



gambar yang dirakam oleh TELESKOP HUBBLE

:::Gambaran Neraka Di Dunia:::


Malam ambang sambutan tahun baru 2011, sebuah Kelab Malam di Kuala Lumpur Hangus dijilat api dan mengorbankan 100 orang pengunjung Kelab itu. Namun perkara ini dirahsiakan bagi menutup aib pemilik Kelab ini yang merupakan VVIP penting korporat negara.

Begitu aib kelihatan mangsa yang rentung

Bagaimana keadaannya jika di dunia tuhan dah tunjukkan sebegini rupa.


Mati dalam keadaan yang cukup mengaibkan

Sama2lah kita bermuhasabah diri agar kita dilindungi Allah.

:::Kata-kata Imam Syafi'e:::



إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Ƥɛиɢικʋт Ƨαʏα:::

:::Ɯακтʋ ƨɛκαяαиɢ:::


Get your own Digital Clock