Jumaat, 7 Disember 2012

::: Gunung Everest Dahulunya Dasar Lautan:::



GUNUNG EVEREST DAHULUNYA ADALAH DASAR LAUTAN : Bukti Kebenaran Al-Quran :

Berdasarkan kajian , gunung Everest ni dulunya bukanlah gunung , tapi dasar laut .

Lebih 60 juta tahun dulu , berlaku pergerakan plat tiktonik bumi yang bergerak sepanjang masa dan akhirnya bertembung . Akibatnya , satu plat terangkat ke atas , satu lagi ke bawah . Dari plat yang menungkah berterusan itulah akhirnya terben
tuk gunung Everest dan gunung – gunung lain .

Satu fakta menarik tentang gunung ialah Allah jadikan sebagai pengimbang berat kepada bumi . Sebab itulah gunung ada di seluruh benua , diimbangkan pula dengan lembah , datarnya serta lurah disekitarnya . Ia memasak bumi dengan kekuatannya .Ini menyebabkan berat planet bumi terus seimbang pada setiap sisi , menyebabkan tetap beredar sejajar pada orbitnya .

” Engkau melihat gunung – gunung itu , engkau menyangka ia tetap ditempatnya , padahal ia bergerak seperti jalannya awan . ( Demikianlah ) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap – tiap sesuatu , sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan . “ Surah Al-An'am ayat 88

Ternyata , apa yang dinyatakan oleh al – Quran adalah benar dan dibuktikan pula oleh kajian sains dan geologi . Tapi apakah yang berlaku pada Rasulullah apabila menyatakan kebenaran itu 1,400 tahun dahulu ? Baginda dianggap manusia gila !


Bukan itu sahaja , kajian – kajian sains turut membuktikan , daratan ini satu ketika dahulu bercantum , kemudiannya berpecah dan bergerak hingga terbentuk benua serta lautan yang ada pada hari ini .

Rakaman satelite turut membuktikan Jazirah Arab serta gunung ganangnya didapati bergerak mendekati Iran beberapa sentimeter setiap tahun . Sedangkan , lebih 5 juta tahun lalu , Jazirah Arab bergerak memisahkan diri dari Afrika lalu membentuk Laut Merah .

Didapati juga pantai timur dan selatan Somalia kini dalam proses pemisahan dan telah membentuk lembah belah yang membujur ke selatan melalui deretan danau Afrika . Kepingan tiktonik benua Australia juga sedang bergerak ke arah utara dengan kelajuan 6 sentimeter / tahun .

Bukankah penemuan – penemuan sains serta geologi ini membuktikan al – Quran itu benar , sedangkan kebenaran itu hanya baru diketahui oleh ahli sains selepas 1,400 tahun Rasulullah mengungkapkannya ?

:::Merlin Adalah Dajjal???:::



ANDA suka tonton cerita MERLIN kan??


Mari baca artikel ini :-)

Membongkar Penampilan DAJJAL Sebagai MERLIN ?

Mungkin satu kebetulan yang dirancang oleh Allah SWT, satu manuskrip lama telah ditemui dan dihimpun didalam teks Inggeris kuno dengan judul The Didot Perceval Anon yang ditulis pada kurun ke-14. Teks ini dipercayai sebagai teks awal yang menjelaskan kisah manusia misteri yang wataknya hampir sama dengan penampilan Dajjal yang saya maksudkan.

Teks-teks lama ini jelas menceritakan mengenai Dajjal yang lahir tanpa bapa, hasil pencatuman benih manusia dengan syaitan, dikenali sebagai anak istimewa, kekal muda, panjang usianya, mempengaruhi sejarah tamadun bangsa Eropah, pembina binaan misteri, seorang dukun agung, bersembunyi di dimensi hibernasi dan akhirmya dikatakan akan kembali untuk memerintah dunia di penghujung zaman. Berikut ditemui kata-kata manusia misteri itu yang tercatat di dalam The Didot Perceval Anon :

"Oleh kerana saya tidak dikenali, maka saya akan tetap kekal begini, biarlah sejarah mencatatkan sedemikian dan saya tetap di dalam dunia misteri di mana saya tidak akan menampilkan diri."
Siapakah manusia misteri ini? Watak lelaki misteri ini terpahat di dalam hampir semua lagenda Eropah namun tidak ramai yang mengenalinya. Ya, dialah Merlin The Shaman.

"Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dia dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang, tampil di dunia dan memukau setiap manusia dengan kemahiran magik dan kedukunannya. Kemudian dia dapat mengubah arah perjalanan dunia sebelum dia pergi ke suatu tempat yang jauh tetapi mesej suaranya masih dapat didengari kita."

Dari mana perkataan ini diperolehi? Susunan ayatnya amat sesuai dengan watak Dajjal. Teks diatas ini dipetik dari teks Inggeris lama yang ditulis pada abad ke-14. Apakah mungkin ia satu kebetulan? Mustahil. Apakah ada alasan lain untuk menghuraikannya? Ketika dunia Islam sibuk mencari Dajjal yang bertubuh besar dan bermata satu, apakah mungkin dia tampil dengan bentuk penyamaran yang mengubah fizikal tubuh dan wajahnya melalui kuasa sihir dan kesaktiannya? Dajjal lahir menerusi pencatuman benih antara manusia dan syaitan.

{1} Oleh itu, untuk mengubah penampilannya adalah sesuatu yang tidak mustahil. Dia dapat melakukan penyamaran seperti iblis dan jin yang diberi kuasa untuk merubah bentuk menjadi orang tua, wanita dan budak kecil. Sesuai dengan satu hadith Nabi SAW menyebut bahawa "makhluk halus ini boleh menyerupai apa sahaja tetapi tidak menakutkan."

John Matthews dalam tulisannya, Merlin : Sharman, Prophet, Magician mengatakan :
"Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang,..."
Merlin a.k.a Dajjal

Merlin dikatakan bertanggungjawap mendirikan bongkah-bongkah batu Stonehenge, guru kepada King Athur dan perencana zaman keemasan England dan turut merencana kebangkitan rakyat Anglo-Saxon. Dia seolah-olah memuliakan satu bangsa yang hina. Dia dikenali sebagai seorang tua yang hidup dengan penuh magik dan sakti. Ada ketikanya dia diangkat menjadi prophet di kalangan mereka. Watak Merlin mempunyai pengaruh yang besar di dalam sejarah konspirasi zaman baru atau apa yang dikenali sebagai New World dan New Age; ia saling berhubungan. Dia memilih Britain sebagai tapak pelancaran sebuah 'penipuan agung'.

Kisah Merlin sememangnya membayangi sejarah Britain. Sejarah hidup Merlin dipenuhi dengan misteri. Jika ada yang mengatakan bahawa ia (kisah Merlin) hanya sekadar epik Britain, ketahuilah, bahawa terdapat bukti nyata bahawa merlin ini hidup dan bergaul dengan manusia.

"Walau apa pun sejarah hidup Merlin, walau dari mana pun asal usulnya, dia tidak pernah berhenti mengambil tahu hal dunia dan manusia yang menghuninya. Tugasnya yang penuh rahsia di dalam membangunkan sejarah Britain sejak dari zaman Geoffrey of Mommouth hingga Mary Stewart. Sebagai penerahu utama di dalam membina kerajaan Raja Arthur dan pengasanya Meja Bulat, sebagai nabi, pengawas, dan adakalanya sebagai semangat Britain, kemudiannya adalah benar."{2}

Kira-kira ratusan teks dan karya mengenai riwayat hidupnya ditulis untuk membuktikan bahawa Merlin benar-benar wujud.

Merlin dan King Arthur

Merlin, tukang sihir dan penasihat kepada King Arthur digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin yang dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru atau mentor kepada King Arthur.

Ketika zaman pemerintahan King Arthur, England dikatakan berada di puncak kegemilangan. King Arthur, pedangExcalibur, the Round Table, Lancelot dan Guinevere bukan sekadar epik England tetapi adalah hikayat sejarah yang dikenali umum.

Perincian Karekter Merlin

Dalam satu karya Powys, John Cowper, bertajuk The Merlin of Porius, dinyatakan bahawa Merlin adalah seorang manusia yang huge dan slow earth-man.

"Merlin dari Porius adalah sebahagian manusia dan sebahagian tuhan, bertubuh besar, berjalan dengan amat perlahan dan menggemari kehijauan hutan dan bukit adalah karekter Merlin pada suatu ketika dahulu, dia mengabdikan dirinya untuk mendirikan zaman keemasan untuk menyiapkan kemunculan kembali ke bumi, zaman Satum/Cromos, di mana tuhan merestuinya sebagai avatar yang sebenar."

Saiz tubuh Merlin yang besar dari saiz manusia biasa disebut di dalam petikan di atas seolah-olah merujuk kepada kata Tamim ad-Dari ; Dajjal seperti gergasi, cekap menangkap isyarat kata, cepat menyampaikan ilmu, luas kefahamannya, dan tidak sabar di dalam urusan dunia. Oleh kerana itu, huraian di atas amat sesuai dengan apa yang disebutkan oleh Tamim ad-Dari.

Berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan (pada binaan-binaan), Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali di akhir zaman.

Merlin Akan Muncul di Akhir Zaman

Sheikh Imran Nazar Hosein, penulis buku Jerusalem In The Quran pernah mengatakan bahawa di negara inilah (Britain) Dajjal akan menebarkan penipuannya. benarlah kata-katanya bahawa di sinilah Dajjal akan memulakan perancangan kemunculannya (di akhir zaman).

"Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan kita tentang perlepasan Dajjal sewaktu hayat baginda. Baginda meneruskan dengan berkata apabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di muka bumi ini selama 40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti semunggu dan hari-hari seterusnya seperti hari-hari kita.

Analisis yang terkandung di dalam buku ini memberi hujah bahawa, apabila Dajjal berada pada hari yang seperti setahun, British merupakan tanah jajahannya. Dan apabila Dajjal berada pada hari yang seperti sebulan, Amerika Syarikat menjadi tanah pemerintahannya. Dan akhirnya apabila Dajjal berada pada hari yang seperti seminggu, dia pergi balik semula ke tanah suci Israel."
John Matthews dalam Merlin Sharman, Prophet Magician pula menyebut ;

"Merlin tidak akan mati bahkan dia tidak akan menzahirkan dirinya yang sebenar dan hanya akan muncul pada akhir zaman..."{3}
Bacalah dengan hati yang terang. Kisah Merlin bukanlah sebuah epik dan bukan dogma atau propaganda Barat. Ia adalah sebuah sejarah aneh yang telah tertulis. Lipatan sejarah silam ini mengesahkan bahawa Merlin memang pernah hidup bersama bangsa Eropah dan kemudian pergi tetapi tidak disebut sebagai sebagai mati. Kini, dia dinantikan sebagai raja yang akan kembali ke dunia.{4} Kajilah sejarah kejatuhan pemerintahan khalifah Turki Uthmaniyah dan pembinaan negara Zionis..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Ƥɛиɢικʋт Ƨαʏα:::

:::Ɯακтʋ ƨɛκαяαиɢ:::


Get your own Digital Clock